Isnin, 21 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012


Pada 16 Mei 2012 telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pengkalan Berangan dengan penuh meriah. Tema hari guru tahun ini ialah " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".
Acara dimulakan dengan perarakan guru-guru dengan iringan paluan kompang dan bunga manggar memasuki Dewan al-Ghazali untuk majlis perhimpunan khas rasmi hari guru.
Sesudah itu, diikuti dengan acara sukaneka guru yang dijalankan oleh pelajar-pelajar kelas Sains Sukan. Seterusnya diikuti dengan acara persembahan guru/pelajar di dewan. Keseluruhannya sambutan hari guru pada tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah.
Dua anugerah yang menjadi perhatian ialah Guru Paling Popular Tahun Ini. Guru Lelaki dimenangi oleh Cikgu Zulkefli Mohamad, manakala Guru Perempuan dimenangi oleh Cikgu Aiduraini Rifin. Tahniah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan