Ahad, 3 Januari 2010

Cabaran Tahun 2010

Sesi persekolahan 2010 bermula dengan semangat dan azam baru bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang selaras dengan slogan "SMKPB CEMERLANG 2010". Dengan pencapaian keputusan PMR yang meningkat dari segi peratus memungkinkan usaha berterusan perlu dilakukan bagi menjamin peningkatan dapat diteruskan. Pihak pengurusan awal-awal lagi telah menyusun pelbagai strategi dan perancangan bagi tujuan menjayakan hasrat tersebut.
Mesyuarat awal tahun 2010 telah berlangsung selama 3 hari bermula 22 - 24 Disember 2009 menggambarkan keazaman untuk membuat persediaan rapi bagi menghadapi cabaran 2010.
Tuan Pengetua, Pn. Siti Aminah bt Abu Samah, dalam ucapan sulung sesi persekolahan 2010 telah melontarkan cabaran buat semua guru dan pelajar serta warga SMKPB agar berusaha lebih tekun untuk mencipta lebih banyak kecemerlangan terutama dalam bidang akademik.